Saturday, April 11, 2009 |
komen tentang movie "Jangan Tegur" |
Semalam sempat gak tgk wayang movie ni...
Penerbit : David Teo Pengarah : Pierre Andre Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. Kategori : Filem Cereka Bahasa : Bahasa Melayu Genre : SeramKlasifikasi : U - Untuk tontonan umum Tarikh Tayangan : 09 April 2009 Format : 35mm Penulis Skrip : Pierre Andre Lakon Layar : Pierre Andre
Senarai Pelakon: Julia Ziegler : Natasya Pierre Andre : Kamal Nadia Mustafar : Baizura Almy Nadia : Sara Ellie Suriati : Mak Su Azri Iskandar : Ustaz Amin Rozita Che Wan : Doktor Lisa
SINOPSIS FILEM JANGAN TEGUR
Jangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus.
Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri. Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua? Saksikan kemunculan filem Jangan Tegur yang bakal menemui anda nanti.. Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Kaza dan ramai lagi.
Komen : Ceta ni best jugak la....mmg seram...byk tekejut sbb sound effect....adui bedebar gak tgk..smp nak tido teringt plak time mayat tu tido sbelah...adui bekesan gak... |
posted by ashiqeen @ 9:39 PM  |
|
|
|
About Me |

Name: ashiqeen
Home: Batang Kali, Selangor, Selangor, Malaysia
About Me: Berasal dari Segamat, Johor dan sekarang menetap di Batang Kali, Selangor. Bersekolah rendah & menengah di Segamat, Johor. Kemudian sambung blaja kat KYPM Kuantan. Seterusnya sambung kat UUM plak. Nak sambung lagi tapi keje dulu la...(ntah bila la nak smbg smp dpt pangkat "Doktor" nih.:))Skang ni keje mengaja budak, belia, warga emas dan sape2 la yang nak blaja ttg komputer.Emm...dah jadi 'TunanG seseorang'pada 30 Muharram yang lalu = 27/01/2009 & bakal menjadi isteri org pada hujung tahun nanti. Nantikan Hari tersebut. Moga2 sume fmly n kengkawan dapat hadir pada majlis yang akan diadakan....
See my complete profile
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Links |
|
Template by |
|
|
Post a Comment