Tuesday, June 16, 2009
Redha n syukur dengan segala kurniaanNya....
Sampai jek offfice pagi ni dengan semangat nyer aku on PC nak check result KPLI. Tapi xde rezeki bagi kemasukan Jun 2009 ni, aku tak tersenarai dalam calon yg berjaya. Sedey ade..kuciwa pun ade...tapi aku redha. Ini bukan rezeki aku....Mungkin rezeki aku d tmpt lain.. dan TAHNIAH!!! kepada semua yang berjaya mendapat tawaran....





posted by ashiqeen @ 6:49 PM   2 comments
Friday, June 12, 2009
Komentar - Menempatkan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan
Apabila Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk memberi pandangan tentang cadangan mewajibkan pelajar lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, ia secara langsung memberi mesej bahawa suara rakyat adalah diiktiraf.

Dalam dekad terakhir ini, kita hilang punca bagaimana untuk meletakkan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kebangsaan. Kita sedar bahawa dunia hari ini menekankan kepentingan bahasa Inggeris. Ia menjadi medium komunikasi global dan juga medium bahasa kepada perolehan ilmu yang kaya di luar negara.

Justeru, meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar amat relevan dititikberatkan. Kerajaan sebenarnya telah mengambil langkah yang mengejutkan menerusi dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pendekatan formula ini tidak disenangi rakyat. Malah, ia dilihat menjadi ancaman kepada pelajar luar bandar dan juga memberi kesan negatif jangka panjang kepada pembentukan identiti nasional.

Umumnya, ada tiga aliran yang bersaing untuk meletakkan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kebangsaan. Pertama adalah kumpulan yang meyakini bahawa bahasa Inggeris adalah satu mata pelajaran yang mempunyai taraf yang sama seperti mata pelajaran lain. Iaitu apabila pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dilakukan dengan efisien, para pelajar akan dapat menguasainya dengan baik. Justeru, golongan ini mencadangkan agar kualiti pendidikan guru ditingkatkan dan kaedah pengajaran diberi penekanan.

Kedua adalah golongan yang percaya bahawa bahasa Inggeris hendaklah menjadi medium harian. Oleh kerana bahasa Inggeris bukanlah bahasa komunikasi bagi majoriti masyarakat Malaysia, maka satu ruang komunikasi menggunakan bahasa ini hendaklah diwujudkan. Maka ia hendaklah dipraktikkan di sekolah. Hasilnya lahirlah cadangan seperti PPSMI.

Ketiga adalah menerusi pendekatan motivasi bagi penguasaan bahasa Inggeris. Lantas, lahirlah konsep "wajib lulus" bagi sesuatu mata pelajaran. Kaedah ini pernah dilakukan pada 1980-an iaitu para pelajar tingkatan tiga yang menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) diwajibkan lulus mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu bagi melayakkan mereka ke tingkatan empat. Para pelajar bertungkus-lumus memastikan mereka dapat melepasi dua mata pelajaran tersebut pada masa tersebut.

Persoalan yang timbul ialah aliran manakah yang paling berkesan untuk memastikan para pelajar menguasai bahasa Inggeris dengan baik? Atau wujudkah aliran pemikiran lain yang lebih logik, terbukti efisien, berpotensi diterima oleh rakyat dan juga mampu dilaksanakan?

Atas keadaan inilah, dalam soal pendidikan anak bangsa, lupakanlah seketika konflik dan polemik politik demi pencapaian kegemilangan pada masa depan.

Oleh MOHD. MAHZAN AWANG
Universiti Dundee, Scotland, UK
posted by ashiqeen @ 1:21 AM   0 comments
Thursday, June 11, 2009
kampungku....
Bulan lepas sempat la blk ke kampung tempat aku dibesarkan...Lame nyer x blk kg. Dh byk perubahan temasuk la umah nenek dh tuka pintu baru...Balik be2 jek ngan adik (jajia yg byk ckp) naik bas jek. Tp tambang bas skang ni mahal nye la semenjak minyk naik harga. Bila hrga minyak dh trn, tambang x turun plak.
Ini lah trademark kat segamat terkenal ngan buah durian...ni replika kat depan simpang nak msk ke kg. (dr simpang nak msk ke dalam sejauh 8km) yg byk pokok2 sahaja...

jia..ko jual pe tu??? siap bwk bakul besa....ko ni kita nak blk kg. sempat plak ko angkot sebakul..:)

ni gamba dari simpang bus stop yg kitorg trn bas. Kat dpn ni jalan utama Segamat - Muar



ini lah dia pintu depan yg telah ditukar baru

di rumah ini lah aku dibesarkan oleh nenek

Esok nak blk kg. Ade 2 kenduri kawen (sedara rapat lg dekat) :) kat muar n kat kg.

t leh la tgk lg perubahan baru d umah nenek yg dlm proses pembinaan baru...

posted by ashiqeen @ 11:44 PM   0 comments
Kenangan paling BEST @ De Zon 2007 ..
Malam ni setelah dpt melelapkan mata jap pas mghrib td rase ade sket semangat nak wat new posting kat blog..dah sebulan rupenye aku x update blog ni. Kekangan masa menyebabkan aku x sempat nak post ape2. Tgh dok tgk gamba2 lama nmpk la gamba2 masa aku pi 1st kursus tuk PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI (PJK) yg aku keje skang ni. Tak sangka tol dh setaun lebih masa berlalu...Dan pengurus serta pen.pengurus pun dh bertukar ganti...huhuhu...sedey rmai yg dh tinggalkan PJK Fasa Rintis ni...

Walaupun x penah kenal sesama sndri masa 1st time coz sume dr tempat n negeri berlainan, namun dlm masa 2 mggu bersama2 menjalani kursus tersebut merupakan masa yang paling berharga. Our relationship very closed, dan walaupun pack giler ngan prog. dari pagi smp la ke malam, tapi sempat la gak kami sume pi jln2 kat KLCC, tgk wayang (ceta hantu asyik nak tumpang lalu jek) hehehe...Dalam kelas training pun asyik begamba jek kan...
Specialnyer kami PJK Fasa Rintis ni cuma 12 site jek bagi seluruh Malaysia...

ni la suasana kat dalam bilik training kitorg besama cik dayang

ni plak masa kat meja makan - makan 6x sehari (x larat dh nak mkn masa tu)


kuar jalan2 KLCC

besama boss kitorg, staff MSd, n sume staff PJK (Pengurus & Pen. Pengurus)


besama 12 orang pengurus

beratur nak sambut kedatangan Dato' Halim di SKMM, Cyberjaya


@ SKMM Cyberjaya (dah nak blk ni)


posted by ashiqeen @ 9:35 AM   0 comments
Wednesday, June 10, 2009
TARIKH SEMAKAN KPLI (JUN 2009), DPLI & KEMASUKAN IPTA (STPM/DIPLOMA/MATRIKULASI)
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA KPLI -
17 JUN 2009
KEMASUKAN - AKHIR JUN 2009

DPLI - 19 JUN 2009
KEMASUKAN - AWAL JULAI 2009
IKLAN AMBILAN JAN 2010 - 17 JULAI 2009

KEMASUKAN KE IPTA (LEPASAN STPM/ DIPLOMA/ MATRIKULASI) -
19 JUN 2009(Tertakluk kepada perubahan)
posted by ashiqeen @ 11:49 PM   0 comments
About Me


Name: ashiqeen
Home: Batang Kali, Selangor, Selangor, Malaysia
About Me: Berasal dari Segamat, Johor dan sekarang menetap di Batang Kali, Selangor. Bersekolah rendah & menengah di Segamat, Johor. Kemudian sambung blaja kat KYPM Kuantan. Seterusnya sambung kat UUM plak. Nak sambung lagi tapi keje dulu la...(ntah bila la nak smbg smp dpt pangkat "Doktor" nih.:))Skang ni keje mengaja budak, belia, warga emas dan sape2 la yang nak blaja ttg komputer.Emm...dah jadi 'TunanG seseorang'pada 30 Muharram yang lalu = 27/01/2009 & bakal menjadi isteri org pada hujung tahun nanti. Nantikan Hari tersebut. Moga2 sume fmly n kengkawan dapat hadir pada majlis yang akan diadakan....
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links
Template by
Blogger Templates